Cara Menghilangkan Uban Secara Semulajadi dan Cepat

Uban adalah rambut putih yang muncul pada rambut dan biasanya menjadi petanda bahawa usia kita semakin meningkat. Oleh demikian, uban ini tidak semestinya akan muncul hanya pada orang tua, bahkan ianya juga boleh terjadi pada orang muda.

Biasanya penyebab uban muncul di usia muda adalah kerana beberapa faktor, seperti faktor genetik, selalu memakai minyak rambut dan juga disebabkan stress.

Sebagai penyelesaian, ramai orang yang berusaha untuk menghilangkan uban di kepala dengan cara menutupi rambut putih dengan mewarnakan hitam. Namun, sudah semestinya dengan cara itu akan lebih merosakkan rambut.


Untuk mengatasi rambut uban yang tumbuh diusia muda mungkin agak sukar terumanya disebabkan oleh faktor genetik. Faktor genetik penyebab uban ini adalah berasal dari kromosom yang diwarisi oleh keluarga.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan uban secara semulajadi.

Berikut Cara Menghilangkan Uban Secara Semulajadi dan Cepat :


Serbuk Teh

Menghilangkan uban boleh dilakukan dengan menggunakan Serbuk teh.
Caranya sungguh mudah, Anda hanya perlu merendam Serbuk teh selama satu hari. Pada hari berikutnya, Anda boleh menggunakan serbuk teh tersebut untuk merawat rambut beruban. Untuk mendapat hasil yang maksimum, Anda perlu mencampurkan serbuk teh tersebut dengan sedikit garam secara merata pada rambut dan kulit kepala.

Putih Telur

Selain menggunakan serbuk teh, anda juga boleh menghilangkan uban dengan menggunakan putih telur ayam kampung. Ramai dari kalangan kita hanya tahu khasiat kulit telur hanya untuk wajah dan kulit sahaja, walhal putih telur juga boleh digunakan untuk mengatasi rambut uban.

Caranya sungguh mudah, Anda hanya perlu membuat masker rambut dengan menggunakan 3 butir telur ayam kampung, setengah gelas air panas, dan setengah sendok garam. Campurkan ketiga bahan tersebut secara merata dan Anda boleh meletakkan pada rambut dan kulit kepala. Jangan lupa untuk urut kepala anda. Tunggu selama 2 jam sebelum anda membilas rambut.

Yogurt Asli

Yogurt juga boleh merawat masalah rambut beruban, caranya adalah dengan membuat masker rambut dari yogurt Asli (tanpa perisa) dan tambahkan dengan lada hitam dan juga serbuk kopi. Setelah anda mencampurkan ketiga bahan dengan sempurna, sapukan secara merata pada rambut dan kulit kepala selama 1 jam.

Daun Rambutan

Tak ramai yang tahu hanya dengan daun rambutan boleh digunakan untuk menghilangkan uban dengan cepat sekaligus membuat rambut yang tumbuh berwarna hitam.

Caranya adalah, Anda hanya perlu membuat masker rambut dari daun rambutan. Dengan itu, ambil daun secukupnya dan blender daun tersebut sehinga menjadi halus. Selepas menjadi halus, sapu pada rambut dan biarkan beberapa minit dan baru anda basuh rambut.

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

1 comments: