Parti Pembangkang Sabah Gagal Tunaikan Janji



KOTA KINABALU: Tindakan pemimpin utama PKR dan DAP di Sabah keluar parti adalah kerana parti pembangkang tidak dapat menunaikan janji. ‎

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata pemimpin pembangkang sudah lama tidak berpuas hati dan hanya menunggu masa untuk meninggalkan parti.

"Mereka (pemimpin pembangkang Sabah) sudah lama tidak berpuas hati kerana diabaikan oleh kepemimpinan pusat.

"Pakatan seperti Pakatan Harapan tidak boleh mendapatkan tempat kepada mereka yang membawa kepada perbalahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan ahlinya.

"Akhirnya orang yang menyokong dan meletakkan harapan terhadap mereka (pembangkang) yang menderita," katanya dalam kenyataannya di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, Musa berkata, rakyat perlu membuka mata dan berhati-hati terhadap pemimpin yang mempunyai ideologi politik berbeza.

Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong daripada DAP Sabah bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin dan seorang lagi pemimpin PKR iaitu ADUN Moyog, Terence Siambun mengisytiharkan keluar parti.

Turut meninggalkan parti, Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Sumber : BH

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment