Apple Akan Menyiasat Kes iPhone 7 Terbakar di Australia


Kes pertama yang membabitkan Samsung Note 7 terbakar, sekarang di Australia pengajar surfing Mat Jones berkata iPhone 7 kepunyaannya menyala dan membakar keretanya.

Apple mengesahkan ia sedang menyiasat laporan tersebut selepas Jones memberitahu 7 News yang iPhone 7 miliknya terbakar selepas menutup telefon tersebut dengan baju didalam kereta yang berkunci. Semasa itu Jones keluar untuk meluncur. 

Bila Jones datang semula ke keretanya, kenderaan tersebut dipenuhi asap. 

Gambar iPhone 7 milik Mat Jones yang meletup. Sumber 7 News

Terdapat 2 kes yang dilaporkan mengenai iPhone mereka terbakar, tetapi dalam kedua-dua kes yang dilaporkan ianya terjadi akibat hentaman yang kuat pada iPhone 7.

Pada bulan Ogos di Sydney Australia, seorang pengayuh basikal Gareth Clear menderita akibat kesan terbakar selepas beliau jatuh pada iPhone 6 semasa kemalangan basikal.

Bulan lepas, Di United States,  Redditt user “kroopthesnoop” menghantar gambar iPhone 7 beliau yang mendakwa bahawa ianya terbakar semasa transit.

Gambar Mat Jones yang mendakwa iPhone 7 Miliknya terbakar. Sumber 7 News

Isu telefon pintar yang mudah terlebih panas dan terbakar telah diambil serius sejak isu kemelut yang melanda Samsung selepas melancarkan Note 7, yang terpaksa ditarik balik kesemuanya selepas terdapat banyak kes yang dilaporkan mengenai telepon tersebut terbakar.

sumber 7 news

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment