Awie Selamat Dinikahkan Dengan Gadis 29 Thaun, Sharifah Ladyana



Dengan sekali lafaz, Awie sah bergelar suami kepada Sharifah Ladyana. Penyanyi itu dan isterinya, masing-masing menitiskan air mata selepas berakhirnya majlis akad nikah. Majlis pernikahan itu dihadiri anak-anak Awie dan anggota keluarga terdekat.



"Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat.

"Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu," katanya.

Awie sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Arni Nazira pada tahun 1998 namun bercerai pada tahun 2006 sebelum berkahwin pula dengan Rozana Misbun pada tahun yang sama sebelum bercerai beberapa tahun yang lalu.


Menerusi perkahwinan dengan Arni, Awie dikurniakan dua anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14. Bersama Rozana Misbun pula, Awie dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.




Sumber : berita harian, oh media

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

1 comments: