(Tahniah) Puteri Sarah Kini Hamil 3 Bulan


Sudah dua tahun mereka mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan bahagia Syamsul Yusof  dan Puteri Sarah Liyana bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi selepas beliautelah mengesahkan bahawa isteri tercintanya, Puteri Sarah Liyana kini sedang hamil 3 bulan.

Menurut Syamsul sendiri, beliau sebenarnya tidak mahu lagi untuk mengumumkan perkara tersebut kerana usia kandungan sSarah itu masih di peringkat awal lagi, tetapi beliau tidak sampai hati pula untuk merahsiakan lebih lama perkara itersebut daripada pengetahuan ibu dan bapanya.

‘Sebenarnya saya tidak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah yang masih di peringkat awal . Malahan, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu. Tidak sampai hati nak berahsia lebih lama lagi bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain’.

Puteri Sarah pernah mengalami keguguran sebelum ini, dan itu menyebabkan Syamsul kali ini melarang Puteri Sarah daripada untuk berlakon dan supaya Sarah dapat mengurangkan kerjanya di butiknya itu demi menjaga kandungannya itu.

Kali ini saya juga meminta Sarah untuk mengurangkan kerja-kerjanya di butik agar dia dapat berehat dan menjaga kandungan sepenuhnya. Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu selalu ke butik di Bangsar setiap hari. Saya juga tidakk izinkan dia buntuk erlakon ketika hamil ini.

Saya sendiri akan membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah, katanya lagi.



Tahniah sekali lagi FB ucapkan kepada pasangan romantis Syamsul Yusof dan Puteri Sarah ini. Semoga segala proses kehamilan dan proses bersalin nanti akan berjalan dengan lancar- insyaallah. 

Sumber: BN

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment