10 Perkara Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Iphone 7 Dan Iphone 7 Plus



Apple Event 7 September 2016 selesai dengan rasminya. Acara yang bertempat di Bill Garaham Civic Autidotirum, San Fransisco ini digunakan Apple untuk melancanarkan produk baru. Antaranya adalah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus! Apa yang menarik dengan iPhone 7 yang terbaru ini? ada 10 perkara yang diceritakan oleh Phill Schiller dab sebelum itu kita layan dulu video iPhone 7 ini



1. IPHONE 7 DAN IPHONE 7 PLUS MEMPUNYAI 2 WARNA HITAM

Apple melancarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dengan 5 warna. Iaitu Gold, Silver, Rose Gold dan 2 Black. Hitam yang pertama adalah Matte Black dan yang kedua adalah Jet Black. iPhone 7 atau iPhone 7 Plus yang berwarna Jet Black akan nampak berkilat.

2. TEKNOLOGI HOME BUTTON YANG BARU


Apple menuntut bahawa iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menggunakan teknologi solid-sate Home Button. Ini adalah iPhone generasi yang pertama menggunakan penekan yang tidak akan berubah, direka dengan teknologi yang lebih kuat, lebih respon dan sensitif terharap tekanan. Bahkan Apple membuatnya integrasi kepada Taptic Engine yang sebelumnya hanya di digunakan pada iPhone 6s atau iPhone 6s Plus.

Dari penerangan yang diberikan, pengguna aplikasi dapat mengakses Home Button dengan beberapa fungsi baru. Antaranya Quick Actions, Mail access, Notification dan Taptic Engine API. Sudah tentu dengan bentuknya yang kukuh, Home Button ini akan berfungsi sebagai teknologi berikutnya iaitu kalis air.

3. KALIS AIR



Apple akhirnya mengeluarkan model yang kalis air untuk menaik taraf iPhone dimata dunia secara lebih serius. iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mempunyai spesifikasi IP67 protection standard untuk menguji ketahan terhadap air. Dari apa yang kami tahu, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dapat menahan air pada kedalam 15cm - 1M dalam masa yang singkat.

4. KAMERA
KEMERA IPHONE 7



iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mempunyai teknologi 12MP dan optical image stabilization. Pengguna juga dapat menghasilkan gambar yang lebih jelas dan terang pada pembukaan cahaya aperture f/1.8 dan lensa mempunyai 6 elemen. Teknologi ini juga menghasilkan gambar dengan warna yang lebih luas dan dinamik.

Kamera depan, Apple meningkatkan kamera depan menjadi 7MP yang diberi nama FaceTime HD camera. Pengguna akan mendapat hasil gambar selfie yang lebih stabil dan terang.

Selanjutnya untuk cahaya flash, Apple menggunakan teknologi Quad-LED True Tone yang dituntut memberikan kelebihan 50% lebih besar daripada iPhone 6s.

KAMERA TELEPORT DI IPHONE 7 PLUS



Ada yang menarik pada kamera untuk iPhone 7 Plus. Apple mereka 2 lensa yang terpisah iaitu Tele dan Wide. Pengguna dapat menukar dari mode biasa ke lensa kedua dengan kemampuan zoom . hingga 2x untuk optical zoom dan 10x untuk digital zoom.

Semua yang direka Apple mempunyai teknologi Machine Learning yang dapat memproses ratusan juta algoritma untuk gambar. Semua dapat dihasilkan dengan sangat cepat, dalam lingkungan tidak sampai 1 saat. Teknologi ini diberi nama Image Signal Processor.

5. RETINA HD DISPLAY



Skrin dengan teknologi Retina HD Display hadir di iPhone 7 dan iPhone 7 Plus untuk menarik perhatian pengguna bila melihat skrin. Salah satunya mempunyai warna yang lebih tepat dan cantik. Apple juga membuat skrin di iPhone 7 dan iPhone 7 Plus 25% lebih cerah dan disertakan teknologi 3D touch.

6. AUDIO



Usia teknologi port audio dengan jack 3.5mm memang sudah menjangkau 100 tahun. Untuk tahun 2016, Apple dengan beraninya menggantikan port audio jack 3.5mm analog dengan lightning port. Selain itu, Apple menjadi produknya lebih nipis dan hilangnya port audio 3.5mm menjadikan iPhone kalis air yang semakin mudah dicipta.

Kini Apple mengeluarkan EarPods dengan penyambung lightning dan juga adapter Lightning untuk audio 3.5mm dalam kota iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Jadi, pilihan di tangan anda. Adakah anda akan masih menggunakan headphone lama atau menggunakan EarPods dengan penyambung Lightning.

7. EARPODS

Meneruskan mengenai gambar di atas, Apple mengubah EarPods ke teknologi Lightning demi mengejar kualiti audio yang lebih baik. Seperti yang semua pengguna tahu, Lightning adalah penyambung digital yang tentunya dapat memindahkan data dengan lebih cepat dan stabil. Selain EarPods dengan Lightning, Apple juga mengeluarkan produk baru, AirPods.

8. AIRPODS



Sesuai dengan namanya, AirPods adalah EarPods dengan teknologi menggunakan Bluetooth. Pengguna dapat akses tanpa wayar untuk mendengar muzik, memanggil Siri dengan sentuhan sahaja dan teknologi yang memudahkan pengguna. Iaitu tanpa manual pairing,  keluarkan sahaja dari kotak ianya akan terus menyambung dengan bluetooth.

Apple juga menjanjikan Airpods boleh didaftarkan pada iCloud untuk setiap peringkat IOS atau MAC yang digunakan. Semua teknologi tersebut juga ada pada processor Apple W1.

9. APPLE PAY



Teknologi pembayaran dari Apple Pay sudah dipertingkatkan di iOS 10 dan juga iPhone 7. Salah satunya adalah kerjasama Apple dan NFC dari Felica untuk pengguna di Jepun. Dalam waktu terdekat, sesiapa yang tinggal di Jepun dapat memanfaatkan Apple Pay yang selamat ini belum ada.

10. PERFROMANCE



Apple memberikan penerangan lengkap untuk perfomance yang ada di iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Bermula dari teknologi Apple A10 Fusion di CPU yang menggunakan 4-Core CPU pada 2 bahagian. Iaitu 2 Core CPU dengan kemampuan 2 kali lebih laju jika dibandingkan iPhone 6 dan 2 core yang menggunakan kelajuan 1/5 dari bahagian pertama.

Bercakap tentang GPU, Apple mengunakan teknologi terbaru yang membuatnya lebih 3x laju jika dibandingkan dengan iPhone 6 dan 2 kali lebih laju jika dibandingkan iPhone 6s. iPhone 7 dan iPhone 7 Plus mempunyai high end grafik.

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment