4 Persediaan Yang Wajib Sebelum Update Ke MacOS Sierra



Sistem macOS Sierra akan dilancarkan Apple tarikh 20 September 2016. Antara persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda install update. MacOS Sierra adalah OSX yang pertama menggunakan bantuan Siri ini.

1. PASTIKAN MAC ANDA TERSENARAI


















Untuk Update ke macOS Sierra, sila pastikan Mac anda tersenarai didalam seranai update. Jika lihat pada gambar di atas, hanya iMac Late 2009 atau lebih, MacBook Air 2010 atau lebih baru dan seterusnya.

Kemudian, ada 2 cara mudah untuk install macOS Sierra. Pertama adalah melalui update install iaitu Mac dengan OS X 10.7.5 atau lebih, baru macOS Sierra boleh di muat turun melalui Mac App Store. Cara kedua adalah membuat bootable installer, Bersihkan simpanan di Mac dan instal dari awal – semua data akan hilang.

2. BACKUP



Setelah memastikan yang Mac anda menyokong macOS Sierra, anda perlu memilih salah satu cara untuk update. Pastikan semua data penting sudah membuat salinan (copy). Ada bermacam cara untuk membuat backup dari OSX anda. Cara paling mudah dan senang adalah menggunakan applikasi dari Apple iaitu Time Machine. Cara lain adalah dengan anda buat salinan sendiri ke external hard disk, dropbox, cloud service dan sebagainya.

Kenapa BACKUP itu penting? Kerana kebarangkalian untuk hilang data semasa anda update macOS Sierra adalah tinggi. Jadi sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Backup data yang penting selepas itu baru anda update.

3. UPDATE APLIKASI

Sebelum bertukar ke macOS Sierra, anda juga boleh melakukan update untuk semua aplikasi dari pihak ketiga yang ada di tab Updates  pada Mac App Store.

4. INTERNET DAN CHARGE

Sudah semestinya anda tidak mahu mengalami masalah semasa memuat turun macOS Sierra. Jadi semasa anda update atau install, pastikan internet anda cukup kuat dan bateri yang cukup. Langkah paling selamat adalah charge dan update.


SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment