GoPro Hero 5: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu


Setelah 2 tahun, GoPro akhirnya kembali dengan melancarkan produk terbaru, yang sudah tentu adalah kamera aksi (action camera).

Jika kita lihat pada masa dulu, Hero 5 terakhir sekali diperkenalkan oleh GoPro pada tahun 2014. Selepas dua tahun berlalu, GoPro kini merasmikan siri terbaru Hero 5 Black Dan Hero 5 Session. Disebabkan kedua-dua kamera ini adalah siri Hero 5, sudah pasti kedua kamera aksi ini mempunyai spesifikasi yang sama.

Seperti mana yang kita tahu, kedua-dua kamera ini boleh merakam video 4k dengan kepantasan 30fps. Selain itu, ianya juga dikenali dalam kemampuan untuk menahan air di bawah kedalaman 10 meter tanpa perlindungan.

Persamaan antara dua ini juga mampu mengikut arahan suara yang mempunyai 7 bahasa, ianya juga dilengkasi stereo microphone.

GoPro juga menawarkan image stabilization, yang mana tidak ada pada kamera aksi GoPro keluaran yang sebelumnya. Ini juga adalah saingan yang hebat untuk menandingi produk kamera aksi yang baru diperkenalkan oleh Sony.

Ada beberapa perbezaan antara spesifikasi kedua kamera ini. Hero 5 Black dikenali dengan sensor kamera 12MP dengan skin LCD 2 inci yang dilengkapi teknologi sentuhan. GoPro Hero 5 Black ini juga dilengkali dengan aplikasi GPS dan mampu mengambil gambar didalam format RAW atau video berformat Wide Dynamic Range (WDR).

Walaubagaimanapun, Hero 5 Session sendiri menawarkan kamera dengan 10MP dimana rendah dari Hero 5 Black. GoPro Hero 5 Session ini tidak dilengkapi dengan skin, gps dan tidak boleh mengambil gambar RAW dan video WDR.

GoPro Hero 5 Black akan dikeluarkan dengan harga USD399 dan GoPro Hero 5 Session lebih murah dengan harga USD299.

Kedua-dua kamera GoPro Hero 5 baru ini akan dipasarkan di AS bermula 2 Oktober 2016.

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment