9 Cara Terbaik Untuk Kurus

Mesti ramai diluar sana yang tengah cari cara untuk turunkan berat badan. Untuk kurus sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar.

Semua orang mampu lakukan, tidak kira umur atau pangkat. Tapi dengan syarat anda mestilah mempunyai disiplin yang kuat dalam setiap permakanan seharian anda. Selain itu, anda haruslah bersenam sekerap mungkin.



Fuh baek nak kongsi tips nak kurus. Ada 9 yang anda boleh amalkan dalam misi untuk kurus.

1. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 8 GELAS AIR KOSONG SETIAP HARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu menaikkan metabolisma badan untuk membakar lemak di dalam tubuh. Sebelum anda makan makanan yang berat, dahulukan dengan meminum air yang banyak. Selepas anda minum pasti anda tidak akan berasa terlalu lapar dan tidak akan makan dengan banyak.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SETIAP PAGI ATAU SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi atau kumur beberapa saat pada setiap pagi atau sebelum makan. Cara ini ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL didalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. JANGAN BERLAPAR DALAM PERMAKANAN

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma dalam tubuh badan menjadi rendah.

Bila anda tidak tahan lapar, pada kebiasaan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

4. SARAPAN PADA SETIAP PAGI (WAJIB)

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengam mereka yang mengambilnya. Bagaimana ini boleh terjadi?

Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula didalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

5. ELAKKAN MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7 - 8 sudu gula dan sangat tidak balik untuk kesihatan. Kekerapan minum minuman yang bergas juga boleh mendatangkan kemudaratan yang lain.

6. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DALAM MAKANAN SEHARIAN

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda kurang menyimpan air. Ini bermakna anda akan kurang berat badan yang disebabkan air.

7. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN KECIL

Kunyahlah makanan sehingga betul-betul hancur menjadi cebisan yang kecil sebelum anda menelan. Kerana dengan cara ini ia lebih mudah untuk proses penghadaman.

8. MAKAN SECARA PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gelojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjuk kepuasan.

9. MAKAN DENGAN KERAP TETAPI PADA JUMLAH YANG SEDIKIT

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi kuantiti yang banyak.

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

3 comments: