MESTI CUBA! Resepi Sambal Hitam Pahang

Foto -wendyinkk.blogspot.my

Selalu yang suka makan sambal-sambal ni orang yang ada darah Jawa. Senang kata, masyarakat Indonesia memang tidak boleh jika makan tanpa secalit sambal pada nasi.

Tetapi, apa kurangnya pula dengan kita orang Melayu ni. Jangan lupa, darah yang mengalir dalam badan ini setidak-tidaknya ada sedikit darah ‘orang sana’ sebab kebanyakkan nenek moyang kita juga dari sana. Tak percaya? Cuba kaji susur galur keluarga anda. 

Apa-apa pun, meh penulis nak kongsi resepi sambal hitam Pahang yang akan buat anda semua terutamanya si peminat sambal untuk tidak tidur lena. Sedap sangat ni! tengok gambar oun dah meleleh air liur.

Ramuan:

½ cawan belimbing buluh/asam (rebus) 
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis)
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
Garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Bawang besar 

Cara:
  1. Jerang air untuk merebus belimbing asam atau belimbing buluh pilihan anda. Namun, pastikan anda menggunakan kuantiti belimbing yang segar supaya enak rasanya.
  2. Basuh dan toskan ikan bilis. Tumbuk sehingga lumat. Boleh juga gunakan pengisar makanan jika anda mahu senang. 
  3. Kisar pula bawang besar kuning atau bawang merah bersama cili padi. Letak di tepi.
  4. Kisar belimbing. Letak di tepi.
  5. Hiris nipis bawang. Anda juga boleh menggunakan bawang besar kuning jika mahu rasa yang sedikit manis.
  6. Panaskan kuali mengoreng pada api serdehana. Masukkan minyak. 
  7. Goreng bawang sehingga layu, masukkan pula campuran bawang besar dan cili api yang telah siap dikisar. Goreng sehingga naik bau dan sedikit garing.
  8. Masukkan pula ikan bilis dan masak sehingga kesemuanya menjadi garing keemasan. Goreng sehingga tekstur bahan gorengan menjadi kering.
  9. Masukkan belimbing kisar sambil perlahankan api. Jangan lupa tuangkan kicap!
  10. Masak sehingga campuran menjadi rangup sekaligus bertukar warna gelap.
  11. Cuba rasa dahulu. Jika perlu, anda boleh tambahkan gula atau garam sesedap rasa.
  12. Jika ikan bilis yang digunakan telah masin, jangan masukkan garam terlalu banyak okay?


SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

1 comments: