8 Sebab Kenapa Anda Perlu Minum Kopi Setiap Pagi



Kebanyakan coffee shop bukan sahaja di Lembah Klang tapi diseluruh Malaysia membuktikan rakyat Malaysia memang suka minum kopi. Buka sahaja Cafe atau Coffee shop pasti ramai orang akan datang.

1. Kita akan mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2015 tiada satu bahan pun yang boleh menandingi kopi dalam memberi antioksida kepada manusia. Antioksida yang ada dalam kopi berfungsi sebagai tentera yang menjadi perisai kepada tubuh badan.

2. Hanya dengan menghidu kopi sahaja mampu mengurangkan stress
Kenapa ramai orang bekerja memilih untuk minum kopi? Kerana kopi boleh mengurangkan stress. Orang yang mengalami tekanan atau stress tak cukup tidur apabila terdedah sahaja kepada aroma kopi akan mengalami perubahan pada otak.

3. Kopi mampu mengurangkan symptom penyakit Parkinson
Menurut Dr. Ronald Postuma, individu yang bertanggungjawab membuat kajian ini mengatakan bahawa kopi mampu mengurangkan penyakit Parkinson. Tetapi kajian baru mendapati pengambilan kafein boleh membantu merawat symptom pergerakan untuk mereka yang memang mengalami penyakit tersebut.

4. Kopi bagus untuk hati dan mencegah dan mengawal DIABETES (kencing manis)
Minum kopi secara berterusan mampu mengurangkan risiko diabetes atau erti kata lain kencing manis.

5. Kopi boleh membuatkan kita berasa gembira
Sebab tu orang memilih untuk lepak di kedai kopi kerana ianya mempu menggembirakan kita. Bukan hanya kerana kopi semata-mata tetapi kerana kandungan antioksida yang terdapat dalam kopi.

6. Kopi mengurangkan risiko mendapat kanser kulit (Jika anda seorang perempuan)
Hospital Wanita Brigham dan Harvard Medical School yang mendapati 112, 897 lelaki dan wanita yang berusia lebih dari 20 tahun, dan terutamanya wanita yang minum tiga cawan atau lebih kopi dalam sehari, mendapat kurang risiko untuk kanser kulit atau sebarang penyakit kulit yang lain.

7. Kopi Meningkatkan Stamina Secara Mendadak
Kafein akan meningkatkan jumlah adrenalin dan membebaskan asid lemak (fatty acid) di dalam aliran darah, dimana membolehkan otot menyerap lemak ini sebagai bahan bakar, menjadikan badan kita menggunakan tenaga secara efektif didalam latihan.

8. Amalan minum kopi menyihatkan otak dan melambatkan proses nyanyuk
Kajian yang dijalankan oleh University of South Florida dan University of Miami mendapati orang yang berusia lebih 65 tahun yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi didalam darah, mengalami penyakit nyanyuk (Alzheimer) 2 hingga 4 tahun lebih lewat dari orang lain yang seusia mereka yang mempunyai kafein yang lebih rendah.

sumber Huffington post

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment