4 Cara Untuk Mudah Memulakan Bisnes Sendiri


Apa bisnes yang bagus untuk bermula? Bisnes apa yang boleh buat untung? Boleh bagi cadangan tak?

Antara soalan yang susah saya jawab sebab saya pun tak pasti apa bisnes yang sesuai dengan orang bertanya. Bisnes yang terbaik untuk saya, mungkin tak sesuai untuk orang lain. Ia bergantung pada matlamat kewangan, modal, minat, kemudahan yang dia ada dan sebainya.

Disini ada 4 cara mudah untuk memulakan bisnes sendiri:

1. Kenalpasti Produk & Servis Terbaik

Senaraikan semua produk & servis yang anda rasa memang sesuai, memang suka, dan anda rasa ianya pilihan terbaik. Produk itu mungkin yang anda memang gunakan setiap hari didalam kehidupan seharian anda. Dengan ini, dapat membantu anda mencari idea terbaik untuk produk anda.

2. Kenal pasti Peluang & Cara Menjadi Ejen/Dropship

Kenal pasti setiap peluang yang ada untuk anda menjadi ejen. Paling terbaik, jadilah ejen kepada syarikat yang tidak kenakan atau hanya mengenakan kos minimum untuk register sebagai ejen. Pendek kata, kalau ada orang beli, anda dibayar komisyen. Kalau tak ada jualan, anda tak rugi apa-apa.

Dalam mencari peluang pun, jangan simply register dengan sesiapa tapi carilah introducer, dealer, distributor, atau upline yang boleh bagi bimbingan yang betul. At least dia boleh bagi bimbingan yang betul untuk anda lebih faham tentang produk dan cara niagakan produk dengan betul.

3. Hadiri Latihan & Jumpa Orang Berjaya

Keajaiban hanya akan berlaku bila anda keluar rumah untuk mencari ilmu. Luangkan masa untuk hadir ke perjumpaan atau ceramah yang diadakan oleh mereka yang lebih pakar dalam bisnes. Bukan setakat hadir, ambil peluang untuk berjumpa mereka yang telahpun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka & ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka. Kalau anda serius untuk berjaya didalam perniagaan, hadir ke semua perjumpaan mereka.

4. Kongsikan Keseronokan Menggunakan Produk

Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, facebook, twitter atau blog sekalipun. Kongsikan kenapa anda suka dengan produk tersebut dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup anda lebih baik. Jangan sekali-kali menjual. Saya ulang lagi sekali, jangan menjual. Kalau anda menjual, orang akan lari! Jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain.





sumber mohdzulkifli

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment