Lupa Setelah Mendapat Nikmat



Jika kita berharta, Siapa Kita?
Manusia yang mengorbankan hartanya terbahagi kepada tiga golongan:
1 Mengorbankan seluruh atau sebahagian besar harta
Inilah golongan para sahabat terutama Sayidina abu bakar, Umar, Uthman dan lain lain.  Mereka sangat yakin terhadap janji Allah tanpa menyimpan apa apa pun daripada harta tersebut untuk diri dan keluarganya.
Apabila ditanya kepada Sayidina Abu Bakar tentang harta yang masih ditinggalkan untuk diri dan keluarganya, beliau menjawab: “Aku meninggalkan hanya Allah dan Rasul-Nya.”
2 Menyimpan dan mengeluarkan harta ke jalan Allah
Golongan ini berusaha menyimpan dan menggunakan harta sekadar keperluan, tidak bermewah mewah dan membelanjakan ke jalan Allah apabila tiba masa dan keadaan.
Untuk mendapat cinta Allah, mereka berpendapat tidak memadai dengan mengeluarkan zakat yang wajib, tetapi juga membelanjakan ke jalan fardu kifayah dan sunat.
Fardu kifayah tersebut ditunaikan membantu fakir, miskin dan golongan yang melarat dan sangat terdesak. Mereka tidak akan memberi harta secara pinjaman, bahkan akan diberi secara percuma kepada golongan yang memerlukan.
3 Mengeluarkan harta untuk ibadah zakat wajib sahaja
Inilah tahap manusia terendah. Cinta mereka pada Allah hanya sekadarnya, lalu pengorbanan mereka “biasa-biasa” sahaja, bahkan membelanjakan harta di jalan Allah sekadar wajib. Walaupun begitu, tahap ini sudah dikira baik pada zaman ini. Jika dibandingkan dengan zaman Rasullulah S.A.W., para sahabat dan salafussoleh, golongan ini masih dalam ketegori “low class” dalam ukuran cinta kepada Allah.
Hajati Kata-kata Imam Al-Ghazali:
Cinta mereka kepada Allah dan hari Akhirat masih sangat lemah”

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment