Cara Baek Merawat Hati




Hati yang sakit tidak boleh dibiarkan. Jika tidak diubati, Maka ia akan bertambah kronik. Jika dibiarkan berlarutan, Maka sudah pasti ia membawa kebinasaan. Hati yang binasa mengakibatkan pemiliknya binasa.
1 Dalam kehidupan berumah tangga, berbaik sangka merupakan kunci kebahagian dan kedamaian. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mengeratkan perpaduan sesama umat manusia amnya dan umat islam khususnya.
Sebagai contoh seorang isteri hendaklah berbaik sangka terhadap suaminya jika suami pulang lewat dari pejabat dengan beranggapan bahawa suami keluar rumah untuk mencari rezeki. Elakkan bersangka buruk kerana sifat ini datang daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia ke arah pergaduhan dan perpecahan. Manakala dalam kehidupan berumah tangga pula, sifat buruk sangka akan membawa kepada penceraian.
Dalam kehidupan berjiran, sikap ini akan menyebabkan hubungan sesama jiran tetangga menjadi renggang. Orang yang berbaik sangka akan beroleh pahala kerana hatinya tenang dan tidak dicemari dengan sifat yg tidak baik.
2 Buang Hasad Dengki
Masyarakat melayu cenderung untuk sentiasa berhasad dengki, sakit hati, iri hati dan busuk hati dengan orang lain.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud “Jikalau kamu beroleh kebaikan, maka mereka tidak berasa gembira, sedang jikalau kamu mendapat kemudaratan, maka mereka bergembira disebabkan kemudaratan tersebut” (surah Ali imran 3; 120)
Sepatutnya sikap ni harus dibuang daripada diri seseorang kerana ia membawa kebinasaan individu itu sendiri. Sering berlaku apabila sesetengah orang islam berasa iri hati dengan saudaranya sendiri sehingga sanggup berbunuhan antara satu sama lain. Contoh terdekat yang terdapat dalam sejarah ialah kisah pembunuhan manusia pertama didunia iaitu antara Habib dan Qabil yang bermusuhan kerana perasaan iri hati.
3 Ukirkan Senyuman
Kita Digalakkan melemparkan Senyuman ketika bertemu sesama umat islam yang lain.Senyuman adalah sedekah yang cukup mudah untuk dilaksanakan. Ia bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia. Namun perlulah diingati bahawa senyuman yang lemparkan antara lelaki dan perempuan yang bertujuan untuk berkasihan adalah dilarang dalam agama. Senyuman yang diukir hendaklah ikhlas dan lahir daripada hati yang bersih dan bukan berselingdung disebalik maksud yg tertentu.
Ungkapan “Senyuman Itu Sedekah” hendaklah dipratikkan sebaik mungkin “Sedekah”  perkataan yang selalu didengar biasa dikaitkan dengan wang ringgit dan harta benda. Ia berlaku apabila si kaya membantu si miskin, atau orang yang mampu memberi kepada mereka yg memerlukan. Inilah fahaman yang wajar ditinggalkan yakni skop sedekah bukan meliputi harta benda dan wang ringgit sahaja, tetapi senyuman juga adalah sedekah.
Namun ada sesetengah orang amat payah untuk melemparkan senyuman. Mungkin jiwanya sakit atau dalam dirinya telah tertutup pintu kebaikan dan kebajikan. Selain riak muka yang masam dan kusam, ia juga akan menimbulkan perasaan benci sesama manusia.

Sumbar Dari Solusi Magazine

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment