8 Pantang Larang Nenek Moyang dan Maksud Sebenarnya


Sudah menjadi turun temurun masyarakat Melayu untuk ikut pantang larang nenek moyang kita. Macam-macam pantang larang yang diajar, tapi sebenarnya bila fikir logik tak ada kena mengena pun. Tapi masih ramai yang tak tahu apa maksud pantang larang tersebut.

Kalau semua orang nak tahu, sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik pantang larang yang orang-orang tua selalu ingatkan. Ianya bukanlah untuk suka-suka.

1. Perempuan jangan menyanyi kalau tengah masak di dapur nanti dapat suami tua

Sebenarnya orang tua-tua tidak mahu kita hilang tumpuan nanti syok sangat menyanyi terpotong tangan ke apa kan.

2. Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng

Bahagian leher ayam kan ada satu, jadi tak elok kalau berebut-rebut.

3. Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul

Bantal kan tempatnya di kepala, jadi tak elok dan sopan kalau letak bantal di sebagai alas punggung.

4. Jangan biarkan pinggan kering lepas makan, nanti rezeki tak masuk

Tapi sebenarnya nak memudahkan basuh pinggan nanti. Kalau dah kering kan susah nak rendam dulu baru cuci.

5. Jangan makan pindah-pindah tempat nanti banyak suami

Tak sopan kalau asyik berpindah randah makan. Tambahan pula taknak nanti berselerak atau makanan tertumpah ke.

6. Jangan potong kuku waktu malam nanti kuku mati

Orang dulu potong kuku guna pisau, jadi kalau potong malam khuatir akan tercedera.

7. Masuk rumah sebelum maghrib kalau kena sorok dengan hantu 

Waktu maghrib kan singkat. Jadi kalau lambat takut terlepas pula solat maghrib.

8. Suka angkat kedua-dua kaki ketika baring meniarap nanti mak cepat mati

Kan tak sopan kalau tiba-tiba ada orang datang atau orang luar lihat anak-anak macam tu kan.


SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment