Pakar Dermatologi Bagi Tahu 5 Tips Untuk Elokkan Kulit Kering


Duduk dalam aircond terlalu lama, terdedah kepada cahaya matahari, tak cukup air dan banyak lagi sebab yang boleh menyebabkan kulit kita kering. Tetapi menurut pakar dermatologi, memakai losyen tak terlalu efektif berbanding pelembap atau moisturizer. 

Apa yang pakar dermatologi sarankan adalah lakukan 5 perkara di bawah.

1. Mandi pun sebenarnya boleh buatkan kulit kita kering cumanya:

Mandi dalam 5-10 minit sahaja
Guna air suam daripada air panas
Guna pembersih yang tiada bauan seperti Cetaphil
2. Sapu moisturizer selepas mandi

Penting sangat untuk sapu pelembap selepas mandi sebab liang roma tengah terbuka. 

3. Guna cream lebih elok daripada losyen. Body cream yang mengandungi olive oil atau jojoba oil. Boleh tengok bahan di bawah ni yang elok untuk kulit antaranya :  shea butter, lactic acid, urea, hyaluronic acid, dimethicone, glycerin, lanolin, mineral oil, petrolatum

4. Pakai lip balm

Pakai lip balm yang sesuai dengan kulit anda. Ada je lip balm yang buat bibir kering atau buat bibir kita sensitif. Cari sampai dapat lip balm yang sesuai dengan kulit anda. 

5. Elakkan pakai produk yang ada pewangi. Sesetengah produk buatkan kulit kering semakin teruk. Jika kering kulit anda hentikan pakai produk yang mengandungi alkohol, minyak wangi, retinoids, atau asid alpha-hydroxy (AHA)

Sebenarnya sangat penting untuk kita tahu bahan-bahan yang kita gunakan dalam produk kulit atau kecantikan yang kita guna. Elakkan beli produk yang wangi dan popular semata-mata. 

Oleh: Aimi Nordin Sumber: aad.org

SHARE ON:

Hello guys, I'm Tien Tran, a freelance web designer and Wordpress nerd. Sed ut perspiciatis unde omnis iste natus error sit voluptatem accusantium doloremque laudantium, totam rem aperiam, eaque ipsa quae.

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment